::Dari hawa untuk Hawa::

Friday, June 4, 2010 at 7:38 AM
Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam ,kita dizalimi , hak kita dicerobohi , kita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya ,kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia , sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu , dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa , jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu ,kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan , alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki ,jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam , dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan…..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya ,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya ,kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya ,dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu,kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu , cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu , biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir , biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam , kerana aku sukar menerimanya …dan aku benci mendengarnya…




..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::Ku panjatkan syukur hanya padaMU::

Monday, May 31, 2010 at 10:04 AM

يا الله
tidak dapat ku ungkapkan selain rasa syukur ke hadratMu..
teramat SYUKUR!
sesungguhnya hambaMU ini teramat bsyukur padaMU..
Kau masih beri aku peluang untuk aku bnafas lagi pada tahun ke 19 ini..
untuk aku menebus segala khilaf ku..
menambah baik pulih segala amalku yg tidak pernah sempurna..
untuk aku trus mengabdikan diriku hnya padaMU..
aku xkan sia2 kan peluang ini يا الله..
bimbing aku Ya Rahman..
mencapai mardatillah tujuanku..
..ampuni segala khilafku..


..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::Ta'aruf Week 2010/2011::

Friday, May 21, 2010 at 6:37 PM
Bismillah..

Welc0me new stdents..
ahlan wasahlan!
Hari ini merupakan hari ke 6 ana di uia pj..
ana tlibat ngn TAWE=Ta'aruf Week 4 new students..
penat xpyah cerita lah..
.memg penat..but fun..
mcm2 ana bljar..
kna buat action plan,master plan..fl0or plan..
best2..
ana diamanah untuk jd assist.head Occ bureau..
0pening&closing ceremony..
actually bureau ni xde la penat mana..
yg penat nye..mentally la..
..kna fikir gimmick untuk closing nty..
sbb diz gimmick symbolize IIUM identity nty..
Rector,Dean n YB pun ade that night!
ape2 pun..
kje2 ni jd ringan ngn bntuan sume ahli committee OCC..
thanks sume..=)
okay la..
ana nk bersiap ni..ada on-call..
selamat ber'TAWE'!!
Ta'aruf Week 2010/2011



..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::HIGHWAY..~nk singgah R&R ke x?

Saturday, May 15, 2010 at 3:23 AM


In the name 0f Allah
the most gracious & most merciful

Tiba2 ana rase terpanggil untuk p0st 's0mething'..
NAK SINGGAH R&R X??
well em,teringat pulak mase dlu2..tyme skolah..zaman2 duduk h0stel ouh..
memandangkan skolah ana dlu 45 minit je dari rumah..boleh dikatakan hampir tiap2 minggu parents ana dtg skolah 'lawat' ana..'LAWAT'=gaya dah macam duk h0spital lak..hu3..
maklumlah..ana ni malas sket nak keluar beli barang kt bandar,asal barang2 makanan,laundry,n etc. habis je..'call' parents la..order barang..duit pun xhabis..hehe..agak kejam kan??
x la..cume ana pikir,if ana ikut outing-trip skolah=buang mase je..mana x nya..
0uting start kul 10 pg..then,kena tggu sampai pukul 5 kt bandar 2..tggu driver bas ambil..
x ke buang mase je 2?
beli barang pun bukannye lame sgt=kalu dah ade lists barang2 yg nk dibeli la..

Tp..kadang2 2 ana balik je rumah hujung minggu..if parents busy..beli barang sendiri..lg best!
xde la duk bgayut kat public ph0ne asrama..meng'order' barang2 ngn mak..siap detail nk beli what brand..what colour..what type..
s0,tiap2 petang ahad..parents ana akan hantar ana balik asrama..
maka,akan bermula la sesi muhasabah & suntikan semangat,otw ana nak sampai asrama=disampaikan khas by my dad..



..................................................................................................................

"Along..(ana anak 1st)..kau sekarang dah ada highway ILMU..bukan jalan kampung lagi..
laluan kau dah semakin mudah....cuma sekarang..
terpulang pada kau..sama ade kau nak speed guna gear..1?2?3?4 or 5?
sume nye depends on you..You're the 'driver' n0w..for your own 'destination'..''
ana confused..''ayah aku ni cakap pasal ape ni?''
ayah ana sambung lagi..okay..ana dengar..
"...jalan highway ni straight je..xde belok2..kau nak sampai exit tol cepat ke lambat..2 pun bergantung pada diri kau..tp,biase lah name pun highway..R&R memang banyak..mcm2 ade..
DUNKIN DONUTS..KFC..BASKIN ROBINS..SHALALA CAFE..SHOPPING..
nak singgah R&R ke x??takat untuk solat..rest2 okay la..
kalau kau singgah,mungkin lambat la kau nak sampai destinasi kau..
xpun kau terkandas kat tgh2 highway 2..
apa2 pun all in your hands now..your target now is to reach your 'destination' very suddenly,safety and excellence"ujar ayahku.

.............................................................................................................................

so,ap yg ana dapt simpulkan kat cni...
Life as a student ni..ibarat kat HIGHWAY = highway TO SUCCESS!
GEAR yg kite gunakan pulak = as our effort to achieve the mission! fast @ slow n steady beb!
R&R 2 as =onak duri & dugaan kita wktu study ni..nak try mcm2..ikut nafsu..
ikut kawan yg x minat blaja..yg minat enjoy je..kelalaian kite..if kite terleka..abis la..
EXIT toll pulak = as our success la..
kalu kite terkandas kt tgh2 highway=R&R..xsampaila jawabnyer...

S0..all the best in our journey to success!!
ANALOGI ni ana still guna sampai hari ni..
sgt2 penting dalam mgharungi dunia campus yg sgt2 mcabar ni..
credits t0 my bel0ved dad n m0m!! lurves Y0U!
s0,all readers..we are the driver for ourselves to reach the 'EXIT'..
>>'DRIVE SAFETY'!!<<


..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com