::Ku panjatkan syukur hanya padaMU::

Monday, May 31, 2010 at 10:04 AM

يا الله
tidak dapat ku ungkapkan selain rasa syukur ke hadratMu..
teramat SYUKUR!
sesungguhnya hambaMU ini teramat bsyukur padaMU..
Kau masih beri aku peluang untuk aku bnafas lagi pada tahun ke 19 ini..
untuk aku menebus segala khilaf ku..
menambah baik pulih segala amalku yg tidak pernah sempurna..
untuk aku trus mengabdikan diriku hnya padaMU..
aku xkan sia2 kan peluang ini يا الله..
bimbing aku Ya Rahman..
mencapai mardatillah tujuanku..
..ampuni segala khilafku..


..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::Ta'aruf Week 2010/2011::

Friday, May 21, 2010 at 6:37 PM
Bismillah..

Welc0me new stdents..
ahlan wasahlan!
Hari ini merupakan hari ke 6 ana di uia pj..
ana tlibat ngn TAWE=Ta'aruf Week 4 new students..
penat xpyah cerita lah..
.memg penat..but fun..
mcm2 ana bljar..
kna buat action plan,master plan..fl0or plan..
best2..
ana diamanah untuk jd assist.head Occ bureau..
0pening&closing ceremony..
actually bureau ni xde la penat mana..
yg penat nye..mentally la..
..kna fikir gimmick untuk closing nty..
sbb diz gimmick symbolize IIUM identity nty..
Rector,Dean n YB pun ade that night!
ape2 pun..
kje2 ni jd ringan ngn bntuan sume ahli committee OCC..
thanks sume..=)
okay la..
ana nk bersiap ni..ada on-call..
selamat ber'TAWE'!!
Ta'aruf Week 2010/2011



..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::HIGHWAY..~nk singgah R&R ke x?

Saturday, May 15, 2010 at 3:23 AM


In the name 0f Allah
the most gracious & most merciful

Tiba2 ana rase terpanggil untuk p0st 's0mething'..
NAK SINGGAH R&R X??
well em,teringat pulak mase dlu2..tyme skolah..zaman2 duduk h0stel ouh..
memandangkan skolah ana dlu 45 minit je dari rumah..boleh dikatakan hampir tiap2 minggu parents ana dtg skolah 'lawat' ana..'LAWAT'=gaya dah macam duk h0spital lak..hu3..
maklumlah..ana ni malas sket nak keluar beli barang kt bandar,asal barang2 makanan,laundry,n etc. habis je..'call' parents la..order barang..duit pun xhabis..hehe..agak kejam kan??
x la..cume ana pikir,if ana ikut outing-trip skolah=buang mase je..mana x nya..
0uting start kul 10 pg..then,kena tggu sampai pukul 5 kt bandar 2..tggu driver bas ambil..
x ke buang mase je 2?
beli barang pun bukannye lame sgt=kalu dah ade lists barang2 yg nk dibeli la..

Tp..kadang2 2 ana balik je rumah hujung minggu..if parents busy..beli barang sendiri..lg best!
xde la duk bgayut kat public ph0ne asrama..meng'order' barang2 ngn mak..siap detail nk beli what brand..what colour..what type..
s0,tiap2 petang ahad..parents ana akan hantar ana balik asrama..
maka,akan bermula la sesi muhasabah & suntikan semangat,otw ana nak sampai asrama=disampaikan khas by my dad..



..................................................................................................................

"Along..(ana anak 1st)..kau sekarang dah ada highway ILMU..bukan jalan kampung lagi..
laluan kau dah semakin mudah....cuma sekarang..
terpulang pada kau..sama ade kau nak speed guna gear..1?2?3?4 or 5?
sume nye depends on you..You're the 'driver' n0w..for your own 'destination'..''
ana confused..''ayah aku ni cakap pasal ape ni?''
ayah ana sambung lagi..okay..ana dengar..
"...jalan highway ni straight je..xde belok2..kau nak sampai exit tol cepat ke lambat..2 pun bergantung pada diri kau..tp,biase lah name pun highway..R&R memang banyak..mcm2 ade..
DUNKIN DONUTS..KFC..BASKIN ROBINS..SHALALA CAFE..SHOPPING..
nak singgah R&R ke x??takat untuk solat..rest2 okay la..
kalau kau singgah,mungkin lambat la kau nak sampai destinasi kau..
xpun kau terkandas kat tgh2 highway 2..
apa2 pun all in your hands now..your target now is to reach your 'destination' very suddenly,safety and excellence"ujar ayahku.

.............................................................................................................................

so,ap yg ana dapt simpulkan kat cni...
Life as a student ni..ibarat kat HIGHWAY = highway TO SUCCESS!
GEAR yg kite gunakan pulak = as our effort to achieve the mission! fast @ slow n steady beb!
R&R 2 as =onak duri & dugaan kita wktu study ni..nak try mcm2..ikut nafsu..
ikut kawan yg x minat blaja..yg minat enjoy je..kelalaian kite..if kite terleka..abis la..
EXIT toll pulak = as our success la..
kalu kite terkandas kt tgh2 highway=R&R..xsampaila jawabnyer...

S0..all the best in our journey to success!!
ANALOGI ni ana still guna sampai hari ni..
sgt2 penting dalam mgharungi dunia campus yg sgt2 mcabar ni..
credits t0 my bel0ved dad n m0m!! lurves Y0U!
s0,all readers..we are the driver for ourselves to reach the 'EXIT'..
>>'DRIVE SAFETY'!!<<


..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::Bersediakah Aku Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah?

Tuesday, May 11, 2010 at 9:52 PM
Bersediakah Aku....??!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih !!

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang
telah luput?!

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat !!

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa' !!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal ..bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan !
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air mani yang tidak bererti !!

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat !!

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'!
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'!
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal !
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia !!


..sedikit perk0ngsian buat semua..
::SUJUDCINTAILLAHI::

::10 Muwasafat Tarbiyah::

at 9:08 PM

10 BaSic y perlu dimuhasabah oleh setiap org islam dlm diri sendiri~

Imam Hassan al banna


::Kita Ada Pelawat Setiap Hari::

Friday, May 7, 2010 at 8:14 PM

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a ,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali / sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan

Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit
Ini bermakna MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 21 minit.

P/S:Renung-renungkanlah...... Wallahualam

::Indahnya U.K.H.U.W.A.H::

at 8:00 PM

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.

Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)


2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r.a berkata, “Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umarah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; “Jangan lupa berdoa untuk kami bersama.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.”

4. Bermanis muka apabila bertemu “Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan”.

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

“Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.”

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)
__________________

"..Dan Disini tempat ku berlari..jatuh tersungkur bangun kembali..."
P/s: terima kasih duhai insan yg bernama sahabat..

::Jgn tidur selagi x buat 4 perkara ::

Monday, May 3, 2010 at 8:09 AM
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan 4 perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda:

1. "Jika engkau tidur bacalah: Al Ikhlas 3x seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an.

2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka
kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu.

4. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah& nbsp; haji dan umrah"

::Cincin ??::

Saturday, May 1, 2010 at 12:28 AM

by the name 0f Allah the m0st gracious and the m0st merciful..

Cincin?? xkira lelaki mahupun perempuan..aksesori ni sering kita lihat dipakai di jari jemari..ada yang memakainya sekadar suka2 -h0bi ..ada pula yang memakainya sebagai tanda sebuah hubungan..apa2 pun,apa yang saya nk postkan di sini sedikit perkongsian kepada semua tentang cara yang betul pemakaian cincin..haa..nak pakai pun ada cara nya saudara..silap jari pakai lain maksudnye..>>sekadar perkongsian bersama <<

JARI MANA DISYARIATKAN MEMAKAI CINCIN (Jawapan Sessi Soal Jawab Agama)
Assalamu'alaikum Muslimin dan Muslimat Sekalian!

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara
13
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad
Saw.
Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin
pakailah
di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk
dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah
iaitu
kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun
perempuan.
Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara
ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat
Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.
Nabi
saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.

p/s : perkongsian bersama

::Duhai Muslimah::

at 12:14 AM

BUATMU MUSLIMAH....

WAHAI MUSLIMAHKU

KETAHUILAH...BERSINARNYA NURUL ISLAM
YANG MENERANGI KEKELAMAN MALAM
MENJANJIKAN KETINGGIAN DARJAT

KEWANITAANMU
ENGKAU YANG DIIBARATKAN BUNGA YANG MEKAR
DI TAMAN LARANGAN ISLAM
KEHIJAUAAN DAUN-DAUNNYA IBARAT
KETENANGAN YANG KAU MILIKI
KEHARUMAN BUNGANYA IBARAT
KEINDAHAN BUDIMU
KEPUTIHAN KELOPAKNYA IBARAT
KEIKHLASAN DALAN PERJUANGAN

INGATLAH MUSLIMAHKU
ENGKAULAH SEINDAH PERHIASAN
NAMUN ENGKAU JUGA SEBURUK-BURUK
FITNAH DUNIA

HIASILAH PERIBADIMU
INDAHKAN PEKERTIMU
SEBAGAIMANA CONTOH MUSLIMAH SOLEHAH
KEHORMATAN TERJAGA
MARUAH MU SENTIASA TERBELA

SEMOGA KEIKHLASANMU
SEIKHLAS KHADIJAH
CERDIK MU SECERDIK AISYAH
KELEMBUTAN MU SELEMBUT FATIMAH
DAN CINTAMU SEHEBAT
CINTA RABBANI RABIATUL ADAWIAH

AYUH MUSLIMAHKU...

BANGUNLLAH
TERUSKAN LANGKAH MU
BUKALAH MATAMU
TINGGALKAN MIMPI-MIMPI INDAHMU
BERJUANGANLAH DEMI KETINGGIAN AD-DINMU
NESCAYA SINAR TERANG
MENANTI MU DI HADAPAN

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com