AR RAJUL WAN NISA'I

Sunday, October 3, 2010 at 8:52 PM


1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara
kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana
ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2.Orang yang membujang adalah orang yang belum
menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya
dengan berkahwin.

>> > >3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup
>> > >dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
>> > >

>> > >4.Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian
>> > >diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain
>> > >diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
>> > >

>> > >5.Mata yang paling indah tetapi juga harus
>> > >diwaspadai adalah mata kaum wanita.
>> > >

>> > >6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana
>> > >perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima
>> > >anda sebagai suami.
>> > >

>> > >7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan
>> > >kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
>> > >

>> > >8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
>> > >hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah
>> > >memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
>> > >

>> > >9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya,
>> > >tetapi dia tidak bisa melupakannya.
>> > >

>> > >10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
>> > >dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
>> > >

>> > >11.Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan
>> > >sesudah kahwin,ia hafal seluruh pertanyaan.
>> > >

>> > >12.Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka
>> > > dia telah menjual kemerdekaannya.
>> > >

>> > >13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
>> > >Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
>> > >

>> > >14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis
>> > >dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia
>> > > menangis.
>> > >

>> > >15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila
>> > >ia menginginkan sesuatu.
>> > >

>> > >16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak
>> > >mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
>> > >

>> > >17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
>> > >membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
>> > >

>> > >18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut
>> > >sampai saat dia berkhawin.
>> > >

>> > >19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa
>> > >didampingi oleh isteri yang mulia.
>> > >

>> > >20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
>> > >sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
>> > >

>> > >21.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula
>> > >pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya,
>> > >dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
>> > >

>> > >22.Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di
>> > >dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan
>> > >harganya setiap bulan tanpa henti.
>> > >

>> > >23.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,
>> > >yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila
>> > >berhadapan dengan kecantikan.
>> > >

>> > >24.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah
>> > >jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
>> > >

>> > >25.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua
>> > >lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang
>> > >suami.
>> > >

>> > >26.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan
>> > >perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan,
>> > >perempuan berbicara dan pengantin lelaki
>> > >mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri
>> > >banyak berbicara dan para jiran tetangga
>> > >mendengarkan.
>> > >

>> > >27.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita
>> > >yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di
>> > >sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga
>> > >diarahkan kepada suami.
>> > >

>> > >28.Wanita pada umumnya takut akan munculnya uban dan
>> > >wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
>> > >

>> > >29.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami
>> > >meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
>> > >

>> > >30.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia
>> > >berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang
>> > >mencintainya.







..sedikit perk0ngsian buat semua..::SUJUDCINTAILLAHI::

0 comments

Post a Comment

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com