
KHALIFAH UMAR R.A.PART 3
|
0
comments
|
::Kecantikan Insan Bernama WANITA::
|
0
comments
|
::NAFSU::
1. Nasfu Amarah
- adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.
- mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.
- mereka adalah golongan ahli neraka.
2. Nafsu Lawamah
- adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.
- golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
- nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.
- mereka adalah golongan ahli neraka.
3. Nafsu Marhamah
- adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.
- walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.
- mereka adalah golongan ahli neraka.
4. Nafsu Mutmainah
- adalah nafsu yang lemah lembut.
- mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.
- mereka adalah wali kecil.
- golongan ini adalah dijamin syurga.
5. Nafsu Radhiah
- adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah Taala.
- mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah Taala semata-mata.
- mereka adalah wali besar.
6. Nafsu Kamaliah
- adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul
7. Nafsu Mardiah
- adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah Taala.
|
0
comments
|
::Warkah buat ADAM,fr0m HAWA::


.jpg)
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adamku....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih
sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam...seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu....jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi...Percayalah!!!....bukan emas kucari...bukan berlian yg kupinta....tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
ikhlas dari
Hawa
|
0
comments
|
AR RAJUL WAN NISA'I

|
0
comments
|
::Kita adalah PENGANTIN::
.jpg)
|
0
comments
|
::Dari hawa untuk Hawa::

.jpg)
|
0
comments
|
::INDAHNYA UKHUWAH::
.jpg)
.jpg)
|
0
comments
|
::kerana sehelai bulu mata::

|
0
comments
|
::tahniah & takziah::
|
0
comments
|
::mUsafir pungguk::
Ini kisah seekor pungguk
Pungguk burung biasa
Terbang merata-rata
Musafir seluruh dunia
Singgah setiap kota
Kala malam gelita
Bertenggek
Pada dedahan besi, Hutan konkrit
Memerhati
Pada celahan dedaunan kaca.
Pungguk itu bertenggek diam, kaku
Dengan dua matanya melihat dunia
Menilai hidup kejadian makhluk
Dikatakan hebat kerana akalnya.
Malam zulumat itu
Si pungguk memerhati
Sang manusia, makhluk pelupa
Kelakuannya keakuan, Penting diri
Kata mereka
“Kuburku, kuburku
Kuburmu, kuburmu
Biarkan aku dalam duniaku
Kamu dengan duniamu
Usah peduli
Ini hak asasi
Jangan kau ganggu
Ini sifatnya peribadi!”
Hatta kain carik, rabak
Tak tersedar dek ananiyah
Tak ditegur, tak disapa
Maka ketawa besarlah musuh Adam dan Hawa.
Si pungguk menonton pula
Manusia berbalah puncanya harta
Putus saudara kerna wang tak seberapa
Tamak, seperti hidup abadi selamanya
Juga
Sanggup bergaduh asbabnya wanita
Berbunuhan kononnya demi cinta
Walhal retorika semata-mata
Khayal dengan candu cinta dunia
Tanpa roh agama
Juga
Rakus mengejar pangkat bertangga-tangga
Berdendam mengimpikan takhta
Cemburu dan dengki kerana nama
Jadilah mereka manusia Machiavelli
Matlamat menghalalkan cara.
Si pungguk kepelikan
Di sebalik terselindung rembulan di balik awan hitam
Melihat songsangnya cinta manusia
Mengimbau kisah silam kaum Sodom
Telah terhukum dahsyat oleh Tuhan
Apakah mereka lupa malapetaka bersejarah itu?
Si anak muda pula
Di celah-celah lorong sempit, hapak
Cakap-cakap orang tua
Inilah bakal Perdana Menteri kita
Mereka terkinja-kinja
Bergilir-gilir menogok kencing syaitan
Sambil bergesel dan terlanjur
Ekstasi hedonis melenyapkan realiti
Kesemua mereka di puncak mimpi
Menuju Nirvana yang mustahil.
Langit malam gelap tanpa bintang
Namun si pungguk masih dapat melihat
Si anak tergamak memenggal bapanya
Si bapa bernafsu binatang
Melampiaskan serakah pada darah dagingnya
Si nenek tua mangsa pelesit tak berguna
Kemanusiaan ditelanjangkan tanpa rasa malu
Membuka keaiban satu persatu
Merendahkan martabat manusia
Asal tingkatannya mulia
Akhirnya bobrok
Ke tempat hina.
Mata pungguk berkaca-kaca
Hampir-hampir menitis air mata
Gerun dengan sifat manusia
Hilang matlamat terciptanya
Hairan bercampur bingung
Bukankah dulu sang malaikat
Makhluk cahaya pernah bertanya,
“Mengapa engkau wahai pencipta?
Ingin menjadikan makhluk asal tanah ini
Yang kan menumpahkan darah sesama mereka
Dan mencipta kemusnahan melata?
Maka Dia berkata
Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.”
Pungguk itu penuh inkuiri
Naluri kebinatangannya merangsang kedangkalan otak haiwannya
Ingin tahu
Persoalan malaikat hari itu
Realiti hari ini
Salah siapakah?
Salah Tuhan yang menciptakah?
Salah Tuhan yang memberi nyawakah?
Tuhan langsung tidak silap
Bahkan Dialah sempurna
Menyalahkan takdir
Dosa manusia tak berfikir.
Bukankah Tuhan itu maha Adil?
Diberi dua jalan kepada insan
Jalan menuju syurgakah?
Atau jalan ke nerakakah?
Pilihannya pada manusia
Sepatutnya berperwatakan khalifah
Berjiwa hamba.
Pungguk itu menggeleng
Keliru dengan makhluk aneh ini
Monolognya sendiri
Perlukah terus ia di sini, memerhati
Ragam manusia terbelenggu
Pada rangka jahiliyah alaf baru
Yang takkan terlenyap
Kalau-kalau mereka tidak ingin insaf
Mencari titik perubahan dalam ketauhidan
Lantas si pungguk mengibaskan sayapnya
Terus
Terbang tinggi dalam gelap pekat angkasa
Mencari telunjuk buruj
Ingin berhijrah ke kota Munawwarah
Kota penuh cahaya
Kota Aqidah.
|
0
comments
|