:: muslimah & mujahidah bak pohon semalu ::

Thursday, April 22, 2010 at 3:19 AM
..pantang disentuh pasti menunduk s0pan,tapi durinya tetap tajam berceracakan.Walaupun kadangkala ramai manusia yang membuangnya..Lihat Baginda Rasullulah s.a.w.,kerana Islam,Baginda terbuang dan dimusuhi.Namun,andai ada seorang manusia membuangnya,berpuluh-puluh yang lain menyayanginya..Kenapa??..kerana Baginda dibela Allah,tidak pernah terbuang dari pandanganNya,tetap istimewa di hati pencipta,Allah dan rasulNya..Pandangan Allah paling utama bukan pandangan manusia.Biarlah manusia membuangnya ,asalkan mereka tetap berjaya memenangi pandangan Allah Azza Wajalla.

P0hon semalu..,memang pemalu.Sifat malu,lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah.Hakikatnya,malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki jua..Perlu difahami,kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu & menegakkan kebenaran Allah.Malu itu biar bertempat.Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya dan melakukan maksiat.Malu pada Allah dan RasulNya untuk mengingkari perintah Allah dan RasulNya.Bersama sifat malunya,ada duri tajam yang sangat berbisa.Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada.Itulah senjata seorang mujahidah.Ia juga akan mengeluarkan bunga ungu yang cantik.Begitulah juga wawasan seorang mujahidah,dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang cantik menawan.Selain itu,dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain.Apabila sehelai daun disentuh,daun-daun di tepinya turut tertutup malu.Tindakbalas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang.Begitulah se0rang mujahidah,dia perlu memandang semua dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya...

0 comments

Post a Comment

Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com